Saturday, 27 April 2013

Assalamualaikum semua... Aku tidak tahu sama ada ia corekan hati atau sebaliknya...

Sayang... sekian lama terpendam dalam hati ini..
Sayang... adakah ia sekadar perkatan atau perbuatan..
Sayang... apakah maksud sebenarnya..
Sayang... adakah sama maksudnya dengan cinta...

Cinta... adakah ia sekadar perkataan...
Cinta... adakah ia manis atau pahit..
Cinta... selama mana ia perlu ada..
Cinta... adakah mereka perlu sedar dengan siapa mereka perlu bercinta...

             Cerita ini sering bermain di fikiranku. Bila lagu barkaitan cinta dan sayang, fikiran ku mula melayang mencari makna yang tersurat dan tersirat.
             Setiap baris lagu yang diperdendangkan, memberi maksud yang tersendiri. Adakah mereka melaluinya semua itu. Bagi aku semua itu manis dan semua itu pahit. Bila pahit, hati ini mula berkata, "Sabar, bila barjanji setia yang Satu. Engkau tak akan terasa perit. Tapi bila engkau kata setia yang satu, bermakna engkau yang mendapat keperitannya".

Setia yang SATU.
Setia yang satu.

               Dua perkataan yang sama ayat, tapi berlainan maksud. Perlukah aku bertanya pada mereka yang bercinta? Perlukah aku bertanya mereka perbezaannya? Adakah mereka memahami maksud sebenarnya.

               Apabila bertanya kepada aku, pasti jawapan aku, aku memang sedang bercinta, aku memang sedang berkasih sayang. Bila aku fikir kembali, adakah betul ini aku. Suara hati aku mula berkata. Engkau memang perlu bercinta. dan engkau memang perlu berkasih sayang. Cinta dan Sayang pada yang SATU. Dan suara hati aku berkata, "Engkau perlu sedar, engkau sebenarnya tak wujud, yang wujud hanya perasaan engkau saja yang ada di dunia ini. Yang lain Allah yang punya. Perasaan engkau itu lah, hadiah dari Allah pada setiap umatnya. Perasaan itu juga la yang mewarnai hidup engkau. Perasaan itu juga la mencorakkan hidup engkau. Sekiranya engkau membawa perasaan itu ke arah negetive, makna engkau membinasakan diri engkau. engkau mensiakan nikmat dunia yang Allah berikan kepada engkau. Bila engkau membinasakan diri engkau, tiadalah lagi nikmat akhirat yang kekal nanti. Bila perasaan itu engkau bawa ke arah positive, engkau merasai nikmat dunia dan akhirat. mana yang engkau pilih?"

                Bila membaca ayat di atas, mungkin terasa seperti tersasar dari landasan. Allah hanya mewujudkan perasaan itu. Kita yang mencorakkannya. 

Perasaan... ingin tahu ( sejak dari kecil)
Perasaan... ingin merasa (sejak dari kecil)
Perasaan... ingin mencuba (sejak dari kecil hingga sekarang ini)
Perasaan... gembira (bila mula mengenal sesuatu)
Perasaan... sedih ( bila ???? hati??? hati ada perasaan ke? Hati hak milik Allah.) ????
Perasaan... EGO... EGO... EGO... jangan kata tak ada sesiapa memilikinya... semua ada kecuali Malaikat dan mereka-mereka yang terdahulu, yang menegakkan islam. Sekarang EGO... lebih menguasai fikiran.. EGO, perasaan yang adakala memberi kebaikan, dan banyak membawa keburukan.

                 Habis aku kena marah dengan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang ada. jangan mereka kata aku murtad sudah la. tapi secara logik. Selami perkataan Perasaan. Beri makna yang sebenar-benarnya kepada aku..

No comments:

Post a Comment